Saturday, October 3, 2009

Artikel 3: Great Demand For Hardy's Famed Songkok

Sunday September 14, 2008

Great demand for Hardy’s famed songkok


TUMPAT: Business during Hari Raya has always boomed for songkok manufacturer Hardy Shamie Arifin and this year’s demand has been tremendous due to the Umno general assembly in December.

The 42-year-old has received more than 13,000 bookings for his stylish, yet traditional Malay headgear.

He said this was almost a 100% increase compared to last year because of Hari Raya and the assembly where party elections would be held.

Family business: Hardy busy making songkok at his house in Tumpat.

Hardy, who is of Indonesian descent from Padang in Sumatra, learned to design and produce the songkok from his father Shamie Arifin.

The family business has thrived at Kampung Baia in Pasir Pekan since the 1970s.

”The art of songkok making is a family trade secret for the past 90 years,” said Hardy when met at his outlet here.

He has been working round-the-clock with the help of his wife Norsuria Mohd Zam, 40, and seven assistants as he needs to finish the orders before the end of Ramadan,

Orders have also come from wholesalers in Kuala Lumpur, Kuantan and Johor.

Due to his reputation, Hardy also received calls from supermarket operators who are keen to market his product.

There are various designs and types of songkok. Some are reserved for occasions such as meeting royalty, festivals or weddings.

Prices for his songkok range from RM8 to RM75.

Hardy said he has three types of designs which differ based on the hand weaving of the threads and quality of the textile used.

He hopes to start a chain of songkok outlets in major shopping malls throughout the country, besides holding visits for tourists to see how the headgear is made.

Artikel 2: Songkok 3 Generasi

Songkok tiga generasi

Selepas tiga dekad menjahit dan menjual songkok, Mustafa Maarof amat mengerti pentingnya seni songkok.




SEJAK usia 12 tahun, Mustafa Maarof mula menunjukkan minat menjahit bahagian tepi songkok. Saban hari selepas habis waktu sekolah Mustafa akan membantu bapanya menyiapkan songkok yang ditempah pelanggan.

Mustafa mengambil alih perniagaan tersebut selepas bapanya, Maarof Mohd. Syarif meninggal dunia. Ketika itu Mustafa baru berumur 28 tahun.

Hari ini Mustafa, 40, mampu membuat sebuah songkok dalam masa tidak sampai sejam. Sebanyak 20 buah songkok dapat disudahkannya dalam sehari.

Selepas hampir tiga dekad terlibat dalam perniagaan itu, Mustafa cukup mahir mengenai selok belok songkok.

"Saya akan pastikan bahagian bumbung dan dinding songkok dijahit, bukan digam. Ini bagi memastikan kedua-dua bahagian tersebut tahan lebih lama.

"Setiap kali menerima tempahan ini bermakna saya diberi kepercayaan oleh pelanggan.

"Selain menyiapkan kerja dalam tempoh yang diberikan, saya juga perlu menggunakan material yang berkualiti," ujar Mustafa ketika ditemui di kedainya di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Penutup kepala tradisional Melayu yang lebih dikenali sebagai songkok lazimnya dipakai bersama baju Melayu.

Ia direka daripada kain kosong berwarna hitam atau bersulam yang diperbuat daripada kain kapas atau baldu.


MENURUT Mustafa Maarof, songkok dapat bertahan antara tiga hingga lima tahun sekiranya dijaga baik.


Pemakaian songkok merupakan salah satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dulu lagi.

Kebiasaannya, ia dipakai pada majlis-majlis tertentu seperti hari raya, perkahwinan, kenduri, acara pengebumian, solat dan pertabalan.

Mustafa, bapa kepada seorang anak, memberitahu, koleksi songkok yang terdapat di kedainya menggunakan fabrik baldu jenis 3 Crown yang diimport dari Korea dan Jerman.

Fabrik itu bukan sahaja lembut dan tahan lama, malah kalis air.

Mustafa yang dibantu oleh abangnya, Maharyoyo Maarof, 53, menjelaskan, setiap tahun jualan songkok di kedainya meningkat, lebih-lebih lagi menjelang hari raya.

"Songkok tidak hanya untuk musim perayaan, sebaliknya saya juga mendapat tempahan untuk majlis-majlis korporat dan untuk pelajar sekolah," jelasnya.

Menurut beliau, pendapatannya pada musim hari raya boleh mencecah RM30,000.

Kedai songkok yang dikenali sebagai M. Djohan Tailor itu diasaskan oleh datuknya, Mohd. Syarif sejak tahun 1935.


SELAIN songkok biasa, orang Melayu turut meminati songkok yang lilitan bercorak kain songket atau batik.


Datuknya berasal dari Paya Kumbung, Minangkabau, Sumatera, Indonesia sebelum berhijrah ke Grik, Perak, dan selepas itu berpindah ke Kuala Lumpur.

Menurut Mustafa, pada peringkat awal menjahit songkok, dia mengakui kerja itu agak sukar kerana ia memerlukan ketelitian.

"Sikap sambil lewa atau cuai ketika menjahit songkok boleh merosakkan rupa bentuk songkok, sekali gus mencacatkan penampilan si pemakai.

"Songkok akan jadi senget dan bahagian dinding serta bumbungnya mudah tertanggal. Malah pelanggan juga tidak akan rasa selesa memakai songkok tersebut," ujarnya.

Tambah Mustafa, jangka hayat sebuah songkok boleh bertahan antara tiga hingga lima tahun jika ia dijaga dengan baik.

Kata Mustafa, proses membuat songkok yang paling sukar ialah untuk mencantumkan bahagian bumbung dan dinding songkok.

Kedua-dua bahagian tersebut dilapisi dengan kertas akhbar lama yang banyak. Di bahagian dinding saja dilapisi dengan 12 helai kertas akbar bersaiz besar, manakala sebanyak 10 helai kertas saiz kompak digunakan untuk bumbungnya.


PROSES mencantumkan bahagian bumbung dan dinding songkok merupakan proses paling rumit.



MUSTAFA MAAROF


Sebelum dijahit dengan mesin, bahagian bumbung dan dinding perlu dicantumkan secara manual menggunakan jarum peniti khas.

Kadangkala proses manual itu boleh menyebabkan luka-luka kecil di jari akibat tercucuk jarum.

"Mengapa surat khabar? Ia mudah diperoleh dan murah. Namun, kami akan memikirkan kertas yang sesuai dibuat songkok sekiranya akhbar Utusan Malaysia bertukar ke saiz kompak pula," tambahnya sambil ketawa ketika tangannya laju memotong bumbung songkok berbentuk bujur.

Saiz kepala kanak-kanak ialah antara 17 hingga 20 inci, manakala kepala orang dewasa ialah 21 hingga 23 inci.

Di M. Djohan Tailor, pelanggan berpeluang memilih songkok yang dikenali sebagai Tun setinggi empat inci setengah, songkok biasa, kopiah dan tarbus.




Maarof juga menerima tempahan daripada pelanggan yang inginkan aksesori tambahan yang dililit di sekeliling dinding songkok.

Antaranya termasuklah lilitan bercorak, kain songket atau batik atau yang sedondon dengan baju Melayu.

Maarof yang juga bekerja sambilan sebagai pemandu bas dan limosin hotel melahirkan rasa gembira kerana pernah menerima tempahan daripada golongan kenamaan dan selebriti tempatan.

Lebih mengujakan apabila beliau diberi kepercayaan menjahit 60 buah songkok untuk kontinjen Malaysia pada majlis pembukaan rasmi Sukan Olimpik Athens 2004 di Greece.

Simbol penuh kemuliaan


"DAFI (kiri) dan Zoey kerap menggunakan songkok bersama baju Melayu."


SETIAP kali menjelang musim hari raya, pengacara Gerak Geri Gasing Astro Ria, Zoey sudah terbiasa memakai songkok. Begitu juga ketika mengaji atau ke surau.

“Saya mula pakai songkok pada usia dua tahun. Setakat ini saya mempunyai empat biji songkok.

“Saya tidak beli songkok setiap tahun kerana kebanyakan songkok saya tahan lama kerana ia dijaga dengan baik,” kata Zoey atau nama sebenarnya, Mohd. Hairey Azhar Abdul Rahman, 24.

Jika diberi pilihan antara songkok dan kopiah, dia lebih menggemari songkok kerana penampilannya nampak lebih segak dan sesuai dengan bentuk mukanya.

“Sekalipun terdapat pelbagai pilihan songkok bercorak di pasaran, saya tetap memilih songkok tanpa corak kerana ia nampak ringkas,” ujarnya yang akan menyimpan songkok yang sudah dipakai di dalam kotak.

Penyanyi Dafi pula memakai songkok jika dia berbaju Melayu. Dia menggemari songkok tanpa corak dan tinggi bagi mengelakkan gaya rambutnya rosak.

Tidak membeli songkok setiap tahun, Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri, 19, akan menjaga songkoknya dengan baik.

“Saya akan pastikan songkok yang dibeli berkualiti dan dijaga baik supaya tahan lama,” katanya yang memakai songkok bersaiz 22 inci. Bagaimanapun, untuk sesi fotografi atau membuat persembahan, lazimnya Dafi akan memakai songkok yang bercorak.

“Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan pemakaian songkok ketika bersolat, mengaji al-Quran dan digayakan bersama baju Melayu.

“Malah, imej bersongkok bukan sesuatu yang pelik, selain dipakai pada majlis formal dan musim perayaan, ia turut dipakai oleh para pelajar sekolah dan petugas hotel,” kata penceramah bebas, Akhil Abdul Hayy, 40, ketika dihubungi.

Beliau yang pernah popular sebagai penyanyi rock untuk kumpulan D’Riyadh sekitar tahun 1980-an berpendapat, lelaki Melayu tampak segak dengan bersongkok.

Bagaimanapun, beliau lebih menggemari topi salji bagi memudahkannya mendekati masyarakat. Anak kelahiran Gopeng, Perak ini juga mempunyai lebih 20 pasang topi salji.

“Remaja pada hari ini meminati sesebuah ceramah yang disampaikan dengan gaya santai dan tidak terlalu berat. Sebagai jalan tengah saya menyarungkan topi salji pelbagai rona berbanding songkok agar ceramah saya nampak ringan,” katanya.

Sementera itu, pendakwah bebas dan pakar motivasi, Profesor Madya Md. Izuddin Ali menasihati supaya si pemakai songkok menghormati songkok dari segi pemakaian, cara kita menjaga dan menyimpannya.

Kedudukan songkok yang dipakai di atas kepala membawa makna yang tersirat.

“Ia mendidik supaya kita bersikap merendahkan diri. Ini kerana walau setinggi mana pun darjat dan kedudukan kita, masih terdapat perkara lain yang lebih tinggi dan berkuasa daripada kita,” ujarnya.

Tambah beliau, penggunaan songkok sering dikaitkan dengan tempat dan imej seperti masjid atau majlis-majlis rasmi. Sehubungan itu, jika ia dipakai pada majlis yang bukan tempatnya, maka masyarakat akan memandang sinis terhadap orang yang berbuat demikian.

Thursday, August 20, 2009

Artikel 1: Mahkota Lelaki Melayu / The Malay Men's Crown

MEMOTONG pelan badan dan tampuk merupakan proses yang perlu dibuatdengan teliti dalam pembuatan songkok.

Sumber: http://beliapasarminggu.blogspot.com/2008/05/belia-pasar-minggu.html

Mahkota’ lelaki Melayu
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
SETIAP tahun apabila tiba sahaja bulan Ramadan, beliau akan sibuk menerima beratus-ratus tempahan yang datang bertimpa-timpa di kedai songkoknya di Pasar Minggu, Kampung Baru, Kuala Lumpur.Dikelilingi dengan kotak-kotak berisi songkok yang memenuhi bahagian hadapan dan belakang kedai, Deni Yustin, adalah antara pembuat songkok generasi muda yang begitu tekun melakukan kerjaya itu.Walaupun masih muda dan baru dalam kerjaya ini, Deni mampu bermegah dengan kerja tangannya memandangkan beliau adalah antara beberapa orang sahaja pembuat songkok yang dikenali di Lembah Klang.Setiap kali tibanya Ramadan, beliau mempunyai sebab untuk tersenyum kerana pada masa ini beliau mampu mendapat pulangan berganda.Sejak kecil lagi Deni telah didedahkan dengan pembuatan songkok oleh bapa dan ibunya, bahkan itulah juga sumber rezeki bagi membesarkannya lima beradik.Ibu bapanya yang telah berhijrah ke Malaysia dari Bukit Tinggi, Indonesia, sejak 30 tahun lalu telah memulakan perniagaan songkok dikenali sebagai Kedai Songkok Kampung Baru.Bagaimanapun, apabila ibunya, Hilma Nawawi meninggal dunia pada tahun 1996 dan diikuti bapanya, Yustin Sutan Pangulu Johan (2006), tiada siapa di kalangan adik-beradik yang ingin meneruskan perniagaan tersebut.Deni, lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak, akhirnya secara sukarela meneruskan industri keluarganya demi memastikan ia tidak berkubur begitu sahaja.Anak muda yang berusia 32 tahun dan masih bujang ini, tidak menjangka akan menghabiskan waktu mudanya sebagai pembuat songkok dan bukannya menjawat jawatan tinggi di sektor swasta atau kerajaan setaraf dengan kelulusannya.Namun, beliau reda dengan takdirnya dan berazam akan menaikkan martabat songkok keluaran kedainya ke serata Malaysia.Menurutnya yang baru dua tahun mengambil alih perniagaan itu, minat terhadap pembuatan songkok berputik sejak waktu kecil lagi apabila melihat bapa, ibu dan ibu saudaranya menjadikan produk tersebut sebagai sumber rezeki.Tetapi kerana kewajipannya untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat tinggi terpaksa dia beralah sebentar.“Setelah tamat pengajian dan tiada pekerjaan, kemudian ayah pula meninggal, maka saya terus mengambil alih perniagaan ini. Ini bukan satu pekerjaan hina, bahkan cukup mulia dan saya bangga kerana songkok merupakan salah satu kelengkapan pakaian yang diletakkan di atas kepala, maruah yang tertinggi sekali.“Bahkan saya juga gembira songkok adalah kelengkapan kita menunaikan solat lima waktu, dipakai semasa hari perayaan dan keramaian,” katanya ketika ditemui di kedainya di Pasar Minggu Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Ditanya siapakah orang kenamaan yang pernah membeli songkok buatan kedainya, kata Deni: “Antaranya ialah bekas Yang Dipertuan Agong yang juga Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim dan beberapa agensi kerajaan seperti dari Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan ramai lagi.”Ujarnya, kakak dan abangnya turut memasarkan songkok keluaran kedainya di Pasar Larkin, Johor Bahru.“Selain itu, kedainya juga melantik beberapa pengedar di Temerloh, Shah Alam, Sungai Buloh, Kuala Lumpur dan lain-lain,” katanya.Jika dahulu, Deni bersama ayahnya mengusahakan songkok ini, tapi sekarang dia berseorangan. Beliaulah yang menguruskan segala-galanya tanpa pekerja yang membantunya.“Susah nak dapat pembantu, orang muda tidak mahu bekerja macam ini dan rata-rata tidak ada pengalaman pula. Tak apalah, saya akan usahanya seorang diri sekalipun terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu masa,” ujarnya.Deni juga dalam masa yang sama menyatakan kebimbangan, seni membuat songkok di negara ini akan pupus memandangkan tiadanya program atau usaha daripada kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang itu.“Malahan saya sendiri bimbang kerana tiada siapa akan mewarisi kemahiran saya. Jika ditakdirkan saya berkahwin dan mempunyai anak suatu hari nanti, saya akan cuba turunkan ilmu padanya tapi belum tentu juga dia berminat,’’ jelasnya.Beliau berkata, jika kerajaan boleh mewujudkan program untuk memulihara bangunan-bangunan bersejarah dan kebudayaan tradisi, usaha yang sama perlu dilakukan kepada kerjaya membuat songkok.“Songkok adalah sebahagian daripada pakaian tradisi Melayu. Kita perlu ada usaha untuk menggalakkan golongan belia supaya menjadi pembuat songkok atau kemungkinan mewujudkan industri membuat songkok di sini,'' katanyaKata Deni, permintaan terhadap songkok ini akan bertambah apabila bulan puasa.“Oleh itu saya terpaksa menambahkan pengeluaran apabila tiba waktu itu. Selalunya, satu hari saya boleh menyiapkan hampir 100 biji songkok dengan menyambungkan kepala ke badan, tetapi jika perlu pasang baldu lengkap, hanya 40 biji kerana ia memakan waktu yang lama dan rumit,'' katanya.Tambahnya, songkok masih merupakan ‘mahkota’ bagi lelaki Melayu terutama yang masih setia mengangkat warisan budaya bangsa.Sebuah songkok yang dipakai, jika dipadankan dengan sepasang baju Melayu, akan membuatkan seseorang itu kelihatan tampan dan bergaya.Malah songkok turut melambangkan imej bersopan-santun yang masih menjadi tunjang budaya bangsa kita yang cukup terkenal di serata dunia.Justeru itu, katanya, menjelang hari-hari perayaan, kenduri dan perkahwinan, songkok terus menjadi tradisi bagi generasi masa kini.Kata anak muda ini, songkok terdiri daripada songkok rendah dan tinggi manakala jenis kain pula baldu gred 1 (3 Crown) dari Jerman dan Korea untuk songkok SOB (songkok orang besar-tinggi), baldu gred 2 (Hymilon) dari Jepun dan baldu biasa (kabul) dari Korea dan China.“Baldu mahal selalunya sensitif, jika kena air ia perlu dikeringkan dahulu, berbeza dengan biasa yang lebih tahan.“Songkok ini juga mempunyai aksesorinya, ada yang berenda songket dan satin bagi menyerikan lagi si pemakai.“Begitu juga dengan tingginya, yang biasa ialah 11 sentimeter (cm) tetapi kebanyakan songkok SOB tingginya ialah 12.7 cm,” katanya.Harganya pula dari RM9 untuk kanak-kanak, dewasa (RM16), tinggi (RM25) dan SOB (RM45). Songkok berenda songket dan satin berharga RM28.“Kebanyakan bahan untuk membuat songkok ini dibawa dari Bukit Tinggi kerana harganya lebih murah berbanding di sini,” katanya.Proses membuat songkok* Buat pelan badan daripada kertas suratkhabar, kain perca dan kain satin.* Buat pelan tampuk.* Potong pelan badan dan tampuk ikut ukuran.* Potong kain baldu untuk badan dan tampuk ikut saiz.* Ukur saiz pelan untuk badan pada kertas kadbod.* Pasang badan pada kain baldu hitam dan lace plastik.* Tampal sambung ke badan untuk dijadikan songkok.* Pasang kain baldu dengan badan sekali.* Pasang kepala.